
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
Bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya kita dapatmenunaikan amanah dan tanggungjawab pada tahun 2010 dengan jayanya dan InsyaAllah jika diizinkan dapat meneruskan perjuangan pada tahun 2011.
Selamat melangkah ketahun 2011 dan selamat menyambung tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan penuh kesedaran dan komitmen. InsyaAllah penerimaan dan pelaksanaan tanggungjawab dengan penuh rasa tanggungjawab , amanah, keterbukaanhati, kejujuransikap, ketelusan komunikasi dan menerimanya sebagai tugas yang murniakan menimbulkan iklim pengajaran dan pembelajaran di SMK PandanMewah yang selesa, tenang serta berkesan agar visi yang ditinta iaitu, SMKPM Cemerlang 2011’ dapat dicapai dengan jayanya.
Saya bagi pihak pengurusan sekolah mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua guru dan kakitangan atas perkhidmatan dan sokongan dalam menjayakan visi kecemerlangan sekolah. Kejayaan sekolah ialah kejayaan kita bersama.Tanpa komitmen daripada semua pihak terutamanya para guru, kita tidak akan dapat menikmati kecemerlangan seperti yang kita kecapi pada hari ini. Justeru itu pada tahun 2011 ini marilah kita sekali lagi berganding bahu membawa dan menjana SMK Pandan Mewah kearah yang lebih cemerlang, gemilang dan juga terbilang.
Etika perguruan yang sentiasa kita tanam dalam jiwa pendidik kita haruslah kita hayati bersama-sama. Sentiasalah jujur dan amanah dalam melaksanakan tugas sebagai pendidik dan melakukan yang terbaik untuk anak-anak didik kita .Pecahkan ruyung untuk mendapatkan sagunya dan jangan sekali–kali berpeluk tubuh serta mengamalkan budaya tunggu dan lihat, rumah siap pahat berbunyi, kelu didepan riuh dibelakang, enggan memimpin enggan mengikut, hanyut dan berwasangka. Jika enggan memimpin jadilah pengikut yang baik.Semoga semua guru dapat melaksanakan semua tugas yang diberikan dengan jayanya.
Akhir kata marilah kita sama-sama mendoakan setiap kerja buat kita akan membuahkan hasil yang cemerlang pada tahun 2011. Kita laksanakan amanah dan tanggungjawab dengan sempurna dan terbaik sejajar dengan ganjaran yang kita perolehi. Jika dilaksanakan dengan keikhlasan ianya menjadi ibadah maka ganjaran yang tidak terhitung merahmati kita di akhirat kelak.
“SELAMAT BERTUGAS”
Pengetua
SMK Pandan Mewah, Ampang
Selangor Darul Ehsan













